Kedatangan Islam Hantu_dalam_masyarakat_Melayu

Kedatangan agama Islam mengajar bahawa tidak terdapat mambang ataupun hantu dan yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk halus ini dikenali sebagai jin. Golongan ini dianggap mendiami alam yang berlainan dengan manusia. Islam mengajar bahawa makhluk halus atau jin ini tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan keizinan Allah, Islam mengajarkan agar hanya takut dan mengesakan Allah semata-mata. Manusia digesa agar menjauhi pujukan syaitan dan selalu berdoa 'Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam - (Auzubillah himinash syaitanirrajim)'.

Bagaimanapun, kebudayaan Melayu yang masih menebal ini menyebabkan masih ada lagi yang terkeliru kelainan antara kebudayaan Islam dan Melayu. Hal ini mendorong mereka menyangka amalan-amalan kebudayaan tersebut ialah amalan Islam. Sebagai contoh mandi Safar pernah disalah anggap sebagai satu amalan Islam, sehinggalah para ulama tampil ke hadapan bagi menjelaskan amalan Islam yang sebenar, yang akhirnya mendorong pesta mandi safar dimansuhkan.[3]

Bagaimanapun, budaya hantu sukar dikikis daripada masyarakat kerana kecenderungan ibu bapa menakutkan anak-anak menyebabkan anak mereka benar-benar takut akan hantu dan percayakan bahawa hantu itu wujud.

Rujukan

WikiPedia: Hantu_dalam_masyarakat_Melayu http://mistique.i8.com/ghozt.htm http://mistique.i8.com/tragedi_pemikiran_melayu.ht... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TamarJa... http://books.google.com.my/books?id=6u8MAQAAMAAJ&q... http://books.google.com.my/books?id=NNcXrBlI9S0C&p... http://books.google.com.my/books?id=_eqWwjSVFYAC&p... http://books.google.com.my/books?id=kjbaJrnVpDAC&p... http://books.google.com.my/books?id=mgYQ4Cl16OkC&p... https://books.google.com.my/books?id=LNu6b6uY7PgC&... https://books.google.com.my/books?id=uhKWCwAAQBAJ&...